Upgrade konon… PUIIIHHHH!!!!

Kepada sesiapa yang nak renew lesen memandu dekat Pos Malaysia, ada baiknya korang pegi check chip MyKad tu ok ke tidak… check la kat mana2… atau ambik nombor giliran dekat pejabat pos lepas tu terus pegi kat kaunter suruh diorang check… kalau diorang tak bagi, dan kena pulak chip korang takleh detect masa nombor giliran dipanggil… korang maki la secukup rasa… dah la tak provide scanner extra at least bleh tau MyKad tu bleh guna ke idak takde la kena beratur lama tapi last2 takleh nak renew… kena pegi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia pulak dah kompom beratus menunggu giliran… ada kaunter bergerak yang patut tutup pukul 3 dia pegi tutup pukul 2 pulak… pegi Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia 24jam baru boleh siap MyKad baru… ada perkhidmatan MyKad online, 2 minggu pulak baru boleh collect…

upgrade konon… PUIIIHHHH!!!!

owh ada tambahan… Pos Malaysia memang ada letak notis… tapi notis semua kat kaunter… size font aku rasa 11px kot… boleh nampak dari tempat duduk belakang…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.