Tak cukup tidur

Hari ni abah ngan mama tak cukup tidur sebab Darwisy ajak main pukul 4.30am 😛

Ntah macam mana Darwisy boleh bangun pon tak tahulah. Memula abah tengok macam bergerak gerak. tapi tak nampak sangat yelah sebab dalam kelambu baby. Pehtu tetiba dengar pulak suara dia mengomel. Aduiiii sekali tengok jam baru kul 4.30am.

Apa lagi, kenalah layan kejap. Abah tengok mama dah tersengguk2 dah. Sian mama Darwisy. Tak lama kemudian mama give up terus baring lelap mata. Takpelah lagipon mama nak puasa.

Lama jugak melayan Darwisy, sampai abah pon tersengguk2 jugak. Nak dekat kul 5.00am Darwisy dah merengek2 nak susu. Apa lagi terus la kejut mama, pehtu abah pulak lepap mata ekekeke

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.