Seminggu selepas khatan

Alhamdulillah, seminggu sudah berlalu lepas Darwisy dan Danish khatan. Hari ni Abah Mama bawak DDD keluar jalan-jalan kejap. As usual, sarapan sama-sama di kedai mamak. Lama sangat tak jumpa roti canai dengan tosei kot, sampai habis Darwisy Danish makan… satu rekod baru hehehe.

Setakat ni Alhamdulillah, takde apa-apa yang tak diingini berlaku. Mungkin sebab Abah dan Mama jaga pantang larang lepas khatan dari segi makan, minum dan ubat.

Agak letih jugak bila anak-anak khatan ni. Tidur pon tak berapa cukup, asik terjaga tiap-tiap malam… semata-mata nak membetulkan cara diorang tidur yang tunggang langgang hehehe.

Terima kasih dekat Mama yang banyak jaga DDD, nasib baik la cuti sekolah kalau tak… pening kepala jugak la…

Flickr Album 72157661698969426

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.