Ramadhan, menjelang tiba

Di sempena ketibaan bulan Ramadhan yang mulia ini, kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan semoga diberkati Allah s.w.t.

Diriwayatkan dari Annas: “Rasulullah s.a.w berbuka sebelum solat dengan rutab (korma mengkal) kalau tidak ada. Baginda berbuka dengan tamar (korma biasa) dan jika tidak ada tamar Baginda minum dengan beberapa teguk air.”

Riwayat dari Annas, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Bersahurlah kamu, kerana bersahur itu ada berkatnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Abu Said Al Khudri r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah s.w.t membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima.”
Dari Buku Fadhilat Ramadhan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.