Pergi hospital

Hari ni 29/05/2006 kami pergi hospital putrajaya, sebab dah “overdue” 9 hari.  Memula risau jugak, tapi doktor kata takde apa2 baby pon aktif lagi kat dalam perut(main bola sepak kot). So aku amik emergency leave dan inform kat opis aku pegi hospital. Kesian tengok wife aku dah sarat macam tak larat je nak bawak perut tu.

So, sampai je hospital wife aku diarahkan masuk wad terus. Pakai pakaian seragam lagi, comel aje!

Hari pertama masuk hospital, terasa gak boring sebab tak tau bila nak bersalin. So, kami pegi jenjalan keliling hospital kasi “excersice” sikit.

Bila dah petang masih takde apa2 sampai la ke malam. Bila dah malam pepaham je la husband takleh temankan. Kena la keluar duk kat tempat menunggu sensorang.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.