Genap seminggu

Hari ni, genaplah seminggu tangan Darwisyah bersimen gara-gara patah minggu lepas. Bawak ke appointment Hospital Putrajaya, doktor kata walaupon X-Ray nampak tak teruk tapi eloklah ambil langkah keselamatan. Maknanya, seminggu masih tak cukup untuk buatkan tulang Darwisyah betul-betul sembuh dan kuat. Sekurang-kurangnya kena biar bersimen sebulan… huhuhu.

Tapi takpe lah, demi kesihatan… sebulan pon sebulan lah… berayalah dulu dengan tangan tu hehehe. Oh ye, memandangkan hari raya nak tiba ni, ada satu permintaan dari Darwisyah… dia nak plaster tu warna hijau florosen. Kena la dengan suasana hari raya kot hehehe.

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.