Gejobos kenduri, konon…

Gejobos… dah lama tak dengar perkataan tu kan? Cuba cari di Wiki tak jumpa pulak. Basically, gejobos sinonim dengan majlis-majlis besar dan kebiasaannya majlis perkahwinan. Ianya adalah satu aktiviti bergotong-royong atau beramai-ramai di kalangan jiran tetangga dalam menjayakan satu-satu majlis. Bermula dari persediaan majlis, memasak, pemasangan khemah, hidangan, termasuklah membasuh pinggan dan periuk kawah. Pandai-pandai je buat definisi sendiri 😛

19/03/2016, jiran kat kampung buat kenduri kahwin anak dia. Anak ke-3 Ustaz Dollah. Buat secara gejobos dan bukan catering.

Apa seronoknya?

Penat sebab bukan pekerja catering yang buat kerja hahaha! Tapi dalam kepenatan tu ada keseronokan… nak terangkan jugak ke? Tak perlu la kot hehehe…

Antara yang tak terlepas, DDD… tapi dalam acara basuh pinggan je la hehehe. Seronok tengok DDD, walaupon masih tak faham apa yang dibuat tu. Tapi tak sangka, habis jugak pinggan DDD basuh (round 1 je). Asalkan dapat main air, seronok la 😀

Akan ada lagi ke gejobos di masa akan datang ni? Hmmm… tak pasti… sekarang pon dah makin lenyap. Ada sebab kenapa ia lenyap dan ada sebab kenapa ia perlu diteruskan.

Flickr Album 72157666010606621

Video gelagat DDD basuh pinggan… habis basah hahaha!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.