Darwisyah daftar Al-Baghdadi

Dah hampir 5 tahun Darwisyah bersekolah di Taska Ayu Manja, tahun 2016 Darwisyah akan mula belajar di Al-Baghdadi Centre (Playtime) Putrajaya.

Kalau nak ikutkan perasaan, memang agak sedih jugak. Dari Darwisyah masih baby sampai sekarang dah dijaga oleh pengasuh di Taska Ayu Manja. Tapi masa berlalu dan management boleh dikatakan tak sama macam zaman Darwisy Danish dulu.

Keputusan ni agak drastik juga, lebih-lebih lagi kalau nak dibandingkan dari segi harga yuran tahunan dan bulanan memang tersangat jauh berbeza lebih mahal. Tapi demi masa depan Darwisyah, lebih-lebih lagi dalam ilmu agama… Abah dan Mama sanggup berkorban dan bersusah demi kebaikan Darwisyah… juga Darwisy dan Danish.

Tahun 2015 hampir di penghujungnya, Alhamdulillah sempat mendaftar di pejabat Al-Baghdadi di Bandar Baru Bangi. Dapat tau tadi, Darwisyah orang yang ke 5 akhir sebelum kuota ditutup. Masa buat pendaftaran dan bayaran tadi, Darwisyah dapat mencuba pakaian sukan dan uniform untuk sesi persekolahan nanti. Comel aje bila tengok Darwisyah mengenakan tudung 🙂

Oh ye, semalam Mama ada beli baju jubah sekali dengan tudungnya. Tak sangka Darwisyah excited sangat sampai tak sabar-sabar nak pakai hehehe. Anyway, baju tu untuk dipakai di hari majlis akhir tahun Taska Ayu Manja nanti. Seems that will be the last event for Darwisyah.

Flickr Album 72157662332738151

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.