Darwisyah, chickenpox Day-7 & 4th Birthday

Genap seminggu Darwisyah kena demam chickenpox, Alhamdulillah dah semakin sihat dan ruam-ruam pon dah berkurangan dan semakin kering. Tapi still dalam medication antiviral untuk pastikan Darwisyah betul-betul sihat.

Hari ni jugak genaplah Darwisyah berumur 4 tahun… Abah dan Mama bersyukur dikurniakan anak perempuan yang comel dan bijak. Semakin meningkat umur, semakin pandailah Darwisyah berkata-kata (dalam bahasa lain “membebel” hehehe).

Dalam seminggu Darwisyah demam ni, langsung tak ada keluar rumah… yelah takut memudaratkan dan takut berjangkit dengan orang lain pulak. Tapi memandangkan dah semakin sihat hari ni, Abah dan Mama bawak DDD keluar jalan-jalan sekejap. Pegi sarapan dekat precint 8, pegi pasar beli lauk dan pegi kedai kek nak celebrate birthday hehehe.

Kek yang ditaja kali ni tak la gah sangat, buat sederhana je… sambut pon di rumah tak ada jemput orang lain. As for kids, bila dah dapat tau nak beli kek pon akan excited tak hengat 😛

Apa pon yang disambut, apa pon yang dibeli, di mana pon berada… the most important, bersama-sama dengan family 🙂

Last but not lease, semoga anak-anak Abah happy selalu… dikurniakan kesihatan… menjadi anak yang soleh dan solehah… menghormati orang tua dan diberkati kehidupan oleh Allah S.W.T.

Amin…

Flickr Album 72157659215102510

20150606_120459_17896298334_o

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.