Darwisyah – Audiology test

Pagi tadi aku dan mama telah pergi ke Hospital Putrajaya untuk membawa Darwisyah ke temujanji audiology. Rasanya belum penah cerita lagi pasal masalah gegendang telinga berlubang. Agak lama jugak gegendang telinganya nak sembuh… berbulan-bulan. Asal nak elok je, berlubang balik sebab selsema. So dalam tempoh nak sembuh tu, kami kena jaga Darwisyah betul2. Tak boleh selsema, tak boleh mandi basahkan kepala, tak boleh mandi dalam kolam.

Setelah menjalani beberapa ujian dan temujanji, lastly kami pergi ke audiology pula. Alhamdulillah, lubang di gegendang telinganya dan semakin sembuh dan mengecil. Pada ujian bunyi pula, Darwisyah dapat mendengar dengan baik. Tapi kami masih dinasihat supaya elakkan air masuk ke dalam telinga dia dan jangan biarkan selsema dia melarat.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.