Darwisy, Qasidah dan pingat emas

27hb April 2018

Darwisy berangkat ke Seberang Perai sebab terpilih untuk Pertandingan Qasidah dan Choral Speaking. Pertandingan tu bersempena ASEAN Cultural And Musical Festival 2018, berlangsung pada 28hb April 2018 di Politeknik Seberang Perai.

Sebenarnya Abah pon tak tau yang Darwisy ada kumpulan Qasidah dekat sekolah. Yelah, ingatkan sibuk dengan PPSR ni takde lah banyak aktiviti luar. Tapi takpe lah, sekali sekala kena ada aktiviti luar jugak. Kalau tak, tepu jugak otak asik fikirkan pelajaran je kan?

Kebetulan hari Jumaat tu diorang bertolak pagi naik bas, sempatlah Abah singgah sekolah kejap sebelum pergi kerja. Bukan main seronok semua dapat jalan jauh. Danish dengan Darwisyah je takde, sebab dah masuk kelas.

28hb April 2018

Memandangkan Abah dengan Mama tak ikut ke sana, maka menunggu lah setiap update dari ustad-ustad dengan cikgu-cikgu yang bertugas. Tak berapa pasti berapa banyak sekolah yang bertanding, tapi dengar macam banyak jugak. Dari siang sampai ke malam jugak tentatif majlis tu.

Sementara Abah tengah bertukang buat rumah banglo untuk anak-anak bulu, Mama forward dulu gambar-gambar kejadian ke handset Abah. Bila ada masa, baru Abah tengok.

“Yeayyy EMAS!!!” Jerit Mama… Abah pon tanya, “Emas?”… Ye diorang dapat pingat Emas. Abah tanya lagi… “So, diorang juara ke?” Punya la blur Abah masa tu hahaha! Penat bertukang!

Hati bapak mana yang tak gembira kalau dengar berita macam tu? Tahniah Darwisy! Abah lapar, Abah penat… tapi tetap menunggu kepulangan rombongan dengan rasa gembira hehehe…

Ni gambar-gambar dari tempat kejadian, terima kasih semua yang dah membimbing dan menjaga diorang semua!

One thought on “Darwisy, Qasidah dan pingat emas

Leave a Reply