Bermula satu lagi episod baru

Setelah beberapa tahun Abah menghantar Darwisyah ke taska dan pra-sekolah setiap pagi, kini tugasan itu telah diambil alih oleh Mama. Pantasnya masa berlalu, Darwisyah sudah pon masuk tahun 1 dan berada di alam persekolahan yang sebenar. Dahulunya keluar rumah jam 7:45 pagi, kini harus keluar sebelum jam 7:00 pagi. Namun begitu, Darwisyah sangat teruja dan tidak sabar hendak ke sekolah baru.

Hari ini, Abah teman Darwisyah ke majlis hari pertama di sekolah pagi dan sekolah agama. Seronoknya Darwisyah, dapat kawan-kawan baru dan berjumpa kawan-kawan lama dari pra-sekolah. Lagi seronok bila dapat sekolah sama dengan abang-abang dan Mama 😛

Abang Darwisy sudah masuk darjah 6 dan akan menduduki PPSR. Abang Danish pula sudah masuk darjah 4. Masing-masing akan menempuh pelajaran yang semakin mencabar.

Apa pon yang akan ditempuh, Abah dan Mama doakan yang terbaik untuk DDD. Semoga berjaya! Chaiyo!

Leave a Reply