Bawal Power Sempoi Cyberjaya

Dulu memang susah nak cari tempat makan dekat kawasan Cyberjaya. Bila sudah membangun, rata-rata kedai makan berkonsepkan masakan mamak, arab dan ala-ala western. Tapi sekarang, Cyberjaya semakin pesat membangun dan sudah terdapat banyak kemudahan seperti kompleks dan kedai-kedai. Termasuklah restoran masakan melayu. Hari ini, Mama ajak Abah bawa DDD makan di tempat masakan melayu di Cyberjaya iaitu restoran Bawal Power Sempoi.

SOTONG POWER, GORENG PANAS PANAS, SEMPOI BAQ ANG โ€” Demikianlah slogan restoran Bawal Power Sempoi. Berkemungkinan, pemilik restoran ini berasal dari negeri Kedah. Kalau nak tau power atau tidak, kena lah cuba kan? ๐Ÿ™‚

Difahamkan, tempat ini akan penuh sesak sekitar jam 12 tengah hari. Di mana kebanyakan pengunjung adalah dari tempat kerja dan pejabat di kawasan sekitar Cyberjaya. Tanpa melengahkan masa, kami mulakan mengambil makanan seperti berikut:

  • Sotong bakar 2 ekor
  • Bawal goreng 2 ekor
  • Ikan keli goreng 1 ekor
  • Sayur 1 pinggan
  • Nasi putih 5 pinggan + percuma 1 pinggan + setiap pinggan dapat 1 mangkuk gulai

Selain lauk-lauk di atas, terdapat banyak lagi pilihan yang lain seperti ikan kembung, ikan cencaru, sotong goreng, sayur-sayuran, ulam dan pelbagai jenis sambal.

Harga untuk makanan yang kami ambil adalah RM60 tidak termasuk air minuman, sesuai untuk hidangan 5 orang (2 dewasa 3 kanak-kanak).

Murah atau mahal? Rasanya agak biasa dengan harga begitu di mana-mana restoran ikan bakar. Jarang dapat kita lihat harga yang murah sekarang, lebih-lebih lagi di zaman kegawatan ekonomi dan di bandar. Tapi sekali-sekala, apa salahnya makan mahal sedikit kan? Lebih-lebih lagi dengan keluarga.

Sedap atau tidak? Bergantung pada selera masing-masing. Bagi Abah yang kurang gemar lauk ikan bakar (kecuali kalau Mama yang masak), boleh lah dikatakan biasa sahaja. Kalau ada kesempatan di lain hari, mungkin akan cuba sotong goreng pula.

Untuk sampai ke restoran Bawal Power Sempoi tidaklah susah. Boleh gunakan aplikasi peta seperti Google Map atau Waze. Berikut adalah URL untuk ke lokasi:

https://goo.gl/maps/X5YQvDAXpJR2

Jadi tunggu apa lagi? Terjah! ๐Ÿ™‚

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.