Banglo untuk anak-anak bulu

Kebelakangan ni ramai yang post di Facebook, pasal buat rumah banglo untuk anak-anak bulu (kucing daaa). Ada yang buat sendiri, ada yang upah, ada yang offer dengan harga yang mengancam.

Abah ni memang suka DIY, tapi tak pernah pulak DIY bertukang atau buat kerja-kerja kayu. So, inilah masanya nak mencuba kan?

Fasa 1: Misi bermula!

Lepas makan tengah hari, bawak Mama, Danish dengan Darwisyah ke Dengkil untuk beli papan dan peralatan. Darwisy tak ikut sebab ada pertandingan Qasidah dekat Seberang Perai. Nama kedai tu Kedai Papan Yew Chuan. First time ke sini, ada banyak jenih papan dan barang-barang hardware.

Dari segi harga, Abah tak berapa tau sebab tak pernah beli papan. Cuma harga jaring plastik warna hitam tu memang murah kalau dibanding dengan kedai hardware Putrajaya. Murah lebih 40 ringgit! Dah la murah, tak sampai 1 jam delivery sampai kat rumah!

So, total semua barang seperti berikut:

Fasa 2: Buat bingkai

Kalau takde planning dengan gambarajah, memang tak boleh buat bertukang ni. Melainkan kalau dah betul-betul hebat. Nasib baik ada buat plan sebelum mula ni. Boleh la sikit-sikit, cuma memang ada senget-senget sikit. Bukan silap Abah sepenuhnya, kayu yang sampai memang ada bengkok-bengkok hahaha!

Lepas tu, kena ada pembantu kalau nak buat kerja-kerja kayu macam ni. Nasib baik la ada Danish dan Darwisyah yang sudi membantu (dan menyibuk hehehe).

Fasa 3: Pasang jaring

Sepatutnya, jaring tu dipasang sebelum semua bingkai naik. Tapi kebetulan pulak isi stapler-gun dah habis… kena lah postpone sebab takut tak sempat dah nak masuk Maghrib (penat pon ye jugak huhuhu). So, bayangkan je lah bingkai ni siap dipasang dengan jaring sekali ๐Ÿ˜€

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.