Apa di atas! Apa di atas!

Yo apa di atas! Apa di atas! Hehe comel tak? Sebenarnya gambar ni di ambil kat Holliday Villa Subang Jaya malam tadi. Masa tu kami pegi dinner sekolah mama.

Jenuh jugak kena jaga dia masa tu, siapa lagi kalau bukan abah 🙂 yelah mama asik sibuk kena pegi naik pentas bawak hadiah cabutan bertuah. Duduk pon meja lain2. Darwisy plak mcm tak selesa sangat maybe pasal bising, takpon pasal kena inject pagi semalam.

Bila nampak Darwisy mcm gelisah je, abah bawak dia gi jalan2. Tengah jalan2 tu, ternampak satu mamat tu macam kenal je. Sah Harith Iskander hehehe. Abah pon apa lagi, tengah boring nih. Dengan selamba abah pegi kat dia cakap nak amik gambar ngan Darwisy. Nasib baik dia ok, tapi nampak kekok sikit dukung baby 😛 begitulah ceritanya….

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.