Angin Malam di PICC

Dah lama rasanya tak bawak DDD pegi naik PICC waktu malam. Malam ni kebetulan keluar beli barang dekat Precint 15, singgah sekejap nak tengok-tengok pemandangan waktu malam dari atas.

Agak hairan jugak sebab lengang tak ada orang lepak-lepak. Dulu kalau hari Sabtu atau Ahad, mesti penuh dengan orang. Mungkin sebab dah tak dibenarkan… atau mungkin sibuk nak habis cuti sekolah. Tapi, couple pon tak ada? Tak apa lah, lagi sikit orang lagi aman hehehe…

As usual, Abah takkan lepaskan peluang ambil gambar DDD kalau ke mana-mana. Nak dijadikan cerita, entah macam mana plate tripod tertinggal dekat rumah. So, masa untuk gunakan kebijaksanaan… kon jalan! Hahaha

Memandangkan Abah ni bukan kaki selfie, maka kon jalan telah dijadikan sebagai tripod malam ni. Nasib baik ada kamera strap, kalau tak memang tak berani jugak nak letak atas kon takut terjatuh huhuhu.

Flickr Album 72157663048569326

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.