Al-kisah “My Little Pony” dan “Gajah”

Memandangkan Mama ada kerja siang tadi, maka aktiviti family day out kali ni terpaksa dijalankan pada waktu malam 🙂
Bermula dengan membeli barangan untuk haiwan ternakan, dinner dan diakhiri dengan berjalan di down-town Putrajaya.
Masa on the way nak pegi Putrajaya… main teka-teki dengan anak-anak. Macam-macam la soalan keluar dari DDD (Darwisy, Danish, Darwisyah).
Soalan-soalan yang best dari Darwisyah…

Dalam banyak-banyak haiwan, haiwan apa yang ada tanduk satu je?
Jawapannya, kuda “My Little Pony” HAHAHAHA

Dalam banyak-banyak haiwan, haiwan apa yang lehernya panjang?
Jawapannya, GAJAH! Seriously memang ketawa terbahak-bahak dalam kereta HAHAHAHA

No matter apa status jawapan-jawapan yang kami bagi, kami boleh menerimanya dengan hati yang terbuka 🙂

Lepas jalan-jalan di down-town Putrajaya, kami sambung main teka-teki lagi dan ada banyak soalan bocor (soalan ulang hahaha)…

Flickr Album 72157657311128243

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *