Testing the 40MP on night scene

The 40MP feature explained:

Semenjak memiliki mainan baru, tak pernah lagi cuba dia punya keupayaan untuk hasilkan gambar bersaiz 40MP. Ada cuba tapi tak secara teliti, cuma sekadar main-main je.

Malam semalam, terfikir nak cuba feature tu pada waktu malam. So, aku masukkan mainan tu ke dalam waist pouch dan capai tripod lalu bergegas ke area Masjid Putra.

Sampai kat situ, blur kejap… apa setting nak buat? Huhuhu… setelah berfikir dan mencari logik, maka setting ditetapkan lebih kurang kat bawah:

Shooting mode: Aperture priority
ISO: Low (100)
White Balance: Auto
Picture mode: Natural
Hi Res Shot: ON (3 sec delay)
Focusing mode: Manual (adjust during magnified)
Image Stabilizer: Off
Record mode: RAW / RAW+JPEG[SF]
etc…

As explained in video above, sensor akan capture same scene sebanyak 8 kali. Oleh kerana itu, tak berani nak set aperture terlalu kecil sebab akan makan masa yang lama untuk diproses. Dalam kes malam tadi, setting dibuat untuk mendapatkan shutter speed di bawah 5 saat.

Bila dah rasa agak puas, terus balik rumah untuk tengok hasilnya. Well, agak impressed dan jakun sekejap hahaha. Overall dari setting yang main agak-agak je, memang memuaskan dan sangat detail. Even zoomed kepada 200% masih dapat lihat detail di setiap texture dalam gambar. Dari segi saiz, agak besar… but make sense due to resolution. Tak cuba lagi bracketing untuk Hi Res Shot, Insya Allah akan cuba di lain masa.

Berikut adalah hasil dari shot semalam, before and after cropped.

Leave a Reply