Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

Di sempena bulan syawal yang akan menjelma tidak lama lagi, kami sekeluarga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin” kepada semua pengunjung laman web kami.

Kiranya ada salah dan silap, atau perkara yang menyinggung dalam kandungan laman web ni harap dimaafkan.

Kepada kengkawan yang nak datang beraya tu, harap dapat contact dulu sebab takut kami keluar cari duit raya hihihi 🙂

Dan nak diingatkan juga kepada yang memandu pulang ke kampung, berhati2 lah di jalan raya. Semoga sampai ke destinasi dengan selamat.

Akhir sekali Salam Aidilfitri dari kami Hilman, Nadia dan Darwisy.

Darwisy shopping sakan

Hari ni adalah hari pertama Darwisy menjejakkan roda stroller ke KL. Dan hari ni juga adalah hari pertama Darwisy naik train Putra. Sedangkan abah dah 27 tahun, itulah kali ke-2 naik train 😀

Hari ni still bulan puasa lagi, so kenalah shopping sikit2. Kuar rumah dalam pukul 3 ptg, balik rumah dalam pukul 11 mlm heheh. Lama tak? Actually kami pegi ke sana pon dah makan masa dekat 2 jam sebab jalan sesak betul. Sampai nak carik parking pon tak ada tempat dah. So kami pegi kampung baru, parking kereta kat sana lepas tu amik train putra pegi masjid india. Sekali sampai sana punyalah kami terkejut ramainya umat. Sampaikan susah kami nak bawa stroller Darwisy. Kejap dukung, kejap letak dalam stroller. Nasib baik bergilir2 ngan mama.

Raya tahun ni adalah kali pertama sambut ngan anak. Sebelum ni kami berdua je 🙂 tahun lepas Darwisy dalam perut lagi. So kami beli baju raya sama warna. Warna apa? Syyyy rahsia