Darwisyah – Audiology test

Pagi tadi aku dan mama telah pergi ke Hospital Putrajaya untuk membawa Darwisyah ke temujanji audiology. Rasanya belum penah cerita lagi pasal masalah gegendang telinga berlubang. Agak lama jugak gegendang telinganya nak sembuh… berbulan-bulan. Asal nak elok je, berlubang balik sebab selsema. So dalam tempoh nak sembuh tu, kami kena jaga Darwisyah betul2. Tak boleh selsema, tak boleh mandi basahkan kepala, tak boleh mandi dalam kolam.

Setelah menjalani beberapa ujian dan temujanji, lastly kami pergi ke audiology pula. Alhamdulillah, lubang di gegendang telinganya dan semakin sembuh dan mengecil. Pada ujian bunyi pula, Darwisyah dapat mendengar dengan baik. Tapi kami masih dinasihat supaya elakkan air masuk ke dalam telinga dia dan jangan biarkan selsema dia melarat.

Sweet memories 2013

Alhamdulillah… masih dipanjangkan umur untuk menikmati kebahagian kurniaan Allah S.W.T.

Pejam celik pejam celik, berlalulah sudah tahun 2013 dan tahun 2014 akan bakal menjelma tidak lama lagi. Segala memori pahit manis terpahat di dalam ingatan. Sungguh tak disangka, sudah 8 tahun aku berumah tangga… lagi tak disangka, dah ada 3 orang anak rupanya hehehe.

Syukur tidak terhingga di atas kebahagiaan ini, tidak lupa juga segala dugaan yang telah ditempuhi. Diharap kebahagian akan terus kekal abadi. Amin…

Koleksi gambar ni dirakam dari awal hingga akhir tahun. Dah jadi kebiasaan aku kumpulkan gambar2 kenangan untuk ditatap bersama keluarga satu hari nanti. Semoga gambar2 ni akan menambah rasa kasih sayang anak2 kepada kami.

Flickr Album 72157659593384942

013516pm20130610_13207672505_o

Ipoh!! Kami datang!! Lambat sikit la…

14122013 – Sepatutnya trip ni 2 hari, ikut bas rombongan pada pagi sabtu. Tapi disebabkan Danish ada majlis konvo taska pada hari sama… maka kami terpaksa naik kereta sendiri pergi ke Ipoh huhuhu

Sampai di Ipoh agak lewat juga… terus singgah makan sebab mengejar masa langsung tak sempat makan sebelum bertolak. Agak kebetulan jugak yang lain2 belum check-in hotel. Masa tu kami ambil Tune Hotel. Pakej bajet… tapi bilik kecik betul sampai anak2 kena tidur kat atas lantai huhuhu. Takpe lah… satu pengalaman dan pengajaran tu hahaha.
Hari tu tak banyak sangat aktiviti… sebelah malam kami keluar jalan2 naik bas sewa khas keliling bandar Ipoh dan makan malam. Lepas makan malam, pegi pulak berjalan ke pasar malam sampai berjam lamanya. Aku masa tu memang dah letih sebab drive… so jalan kejap je lepas tu pergi ke bas dan rehat hehehe. Bukan apa, pasar malam kat mana2 boleh pegi… kan? Tunggu punya tunggu, pukul 12 tengah malam jugak baru semua masuk bas. Lama betul berjalan huhuhu. So… balik hotel dan sambung tidur hahaha.

15122013 – Hotel tu pakej bajet… so sendiri mau ingatlah pagi2 kena keluar cari sarapan sendiri. Kebetulan pulak, betul2 depan Tune hotel tu ada pasar karat setiap ahad. So tak payah pegi jauh la cari sarapan dekat situ je. Sambil2 tu, mata melilau la cari barang2 yang menarik. Macam2 ada kat pasar karat ni… kadang2 ada barang yang tak sangka akan dijual. Contoh: barang yang sudah rosak hahaha
Oh ye, tadi ada bagitau pasar karat tu betul2 depan hotel kan? Korang tau kat mana driver parking bas? Kat tepi hotel tu je. So cuba teka bas tu boleh keluar ke tak? Boleh… pukul 2 petang baru boleh keluar hahahahahampeh. Tak pasal2 rugi masa. Check out hotel pukul 11 pagi pulak tu. Nasib la… aku nak gerak ke destinasi seterusnya pon tak boleh sebab sponsor naik bas hahaha. Daripada aku habiskan masa buta2 macam tu… ada baik aku layan street photo hehehe.

Pasar karat Ipoh

Pasar karat Ipoh

Dipendekkan cerita… lepas bas boleh keluar dari kepungan peniaga pasar karat… kami shoot pegi ke Lost World of Tambun… sebab tu kami tak pegi dulu… kalau tidak siapa yang nak bayar tiket? Hahaha
First time sampai water park ni, start masuk pukul 4 kot. Agak jakun jugak la sebab selalu main air kat swimming pool je. Aku dah plan… kat sana nanti aku akan gunakan phone Galaxy S4 Active aku untuk merakam moment bersama family (p/s: phone ni kalis air best wooo hehehe)
Pung pang pung pang tau2 dah pukul 6 lebih. Maka kami pon bersiap la untuk balik ke Putrajaya. Aku la yang paling teruk penatnya… dah la baru lepas berkubang… kena drive pulak dari Ipoh ke Putrajaya huhuhu. Sampaikan nak bercerita panjang lebar lagi pon dah tak larat hahaha. Tengok je la gambar2 dan video ni hehehe.

Lost World of Tambun

Lost World of Tambun

Lost World of Tambun

Tok Wan & Nenek visit Darwisyah

hari ni tok wan & nenek Darwisyah datang melawat cucu perempuan yang pertama. mmg tak dinafikan tok wan & nenek Darwisyah excited sangat. sama jugak dgn mak long, mak lang, uncle yusof, abg daniel, abg jamie & abg darren.

pada mulanya, Darwisyah tidur tak heran langsung orang datang. dah dikacau2 pon dia buat dek je 🙂 lama jugak la dia tidur

bila semua dah makan tghari, baru la dia celik2 kan matanya. itu pon kena paksa jugak sbb tok wan ngan nenek dah tak sabar nak main2 ngan Darwisyah 🙂

bila dah celik mata je, elok pulak tu dia tak nangis pon… Alhamdulillah si Darwisyah ni senang nak dijaga tak ada meragam (harap berterusan hehehe)

so mlm ni, tok wan & nenek akan tidur di sini selama 2 hari. katanya taknak menyusahkan kitaorang, yelah mama pon baru je start berpantang.

kalau ikutkan hati, mmg la nak suruh diorang stay sini lama sikit. tapi memandangkan aku pon bekerja, diorang pon tak berapa larat, better jugak tinggal ngan mak long kat damansara, at least ada orang yang boleh tengok2 kan…

“Nikon D7000, Canon 60D & Sony A390 in da house :-D”

Flickr Album 72157657312274923

246889_1966132586156_5996944_n_15444548679_o