Street photography at night, Kuala Lumpur

Kali keduanya aku menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur untuk tujuan street photography di waktu malam. Kali ni bersama dengan 2 orang kawan iaitu abang Ezry dan Shin Mutalib. Lokasi yang dipilih adalah di sekitar Pavilion Kuala Lumpur kerana mudah untuk diakses dan tumpuan utama pelancong. Cuma sedikit kesilapan yang dilakukan ialah aku telah memandu kereta untuk ke lokasi, sesak gila huhuhu.

Anyway, perjalanan bersama kamera dimulakan selepas solat Maghrib dari Plaza Sungei Wang menghala ke Pavilion. Oleh kerana perut agak kenyang, maka perjalanan pada ketika itu agak perlahan supaya penghadaman dapat dilakukan dengan lancar hehehe. Oh ye, tq abang Ezry belanja minum di Sushi King 😀

As expected, malam tu memang akan sesak dengan orang dan kenderaan lebih-lebih lagi simpang di Bukit Bintang terdapat pembinaan MRRT yang masih belum siap. Ditambah pula dengan sambutan untuk Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi.

Antara teknik yang digunakan pada malam tu adalah slow shutter supaya mendapat motion dari subjek-subjek yang bergerak. Agak kekok jugak sebab tak menggunakan tripod, kena tahan nafas atau bersandar di mana-mana objek keras di keliling. But overall, agak memuaskan dengan hasil yang dapat ditangkap. Of course lah kena berlatih banyak lagi selepas ni.

Here are some of the photos:

Leave a Reply