Sikit lagi nak 40

Mengikut kalendar Masihi, genaplah umur Abah 38 tahun hari ni. Kalau mengikut kalendar Hijrah, dah pon mencecah 39. Sikit lagi nak 40 hehehe.

Apa pon nombornya, Abah tetap bersyukur masih diberikan nafas untuk menikmati kehidupan di dunia. Begitulah juga wajib bagi semua manusia di bumi ni.

Cerita tentang nikmat, hari ni juga Abah dapat menikmati kek harijadi dari Mama. Disambut secara sangat sederhana, sebab kebetulan Darwisy pergi ke Pahang mengikuti kursus 4 hari. Buat pertama kalinya Abah dan Mama melepaskan Darwisy pergi jauh untuk beberapa hari.

Terima kasih Mama dan anak3 Abah yang mengingatkan hari kelahiran Abah, dan menyedarkan Abah bahawa pantasnya masa berlalu dan semakin singkatnya kehidupan.

Abah berdoa semoga Abah, Mama dan DDD diteruskan hidup di jalan yang benar, dapat menuriti perintah Allah dan sentiasa bersyukur dengan apa jua nikmat-Nya.

Agak janggal jugak ucapkan birthday pada diri sendiri dalam blog ni hahaha… dekat mana-mana pon takde orang ucap tahun ni sebab dah set tarikh sebagai secret. Biarlah Mama dan DDD je yang tau dan tak perlu heboh. Heboh-heboh pon, sehari je menjengah lepas tu menyepi hehehe 🙂

Ok lah, that’s all for now. Adios!

Leave a Reply