Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017 (1438H)

Salam Aidilfitri

Syukur Alhamdulillah, dipanjangkan umur bertemu Ramadhan sekali lagi. Tanpa disedari, sudah pun di penghujungnya. Semoga segala amalan kita di sepanjang sebulan berpuasa dirahmati dan diganjarkan dengan pahala yang berlipat ganda.

Menjelangnya bulan Syawal ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua sanak saudara, rakan taulan dan tidak lupa kepada pembaca blog ini.

Di kesempatan ini juga, kami menyusun sepuluh jari memohon keampunan andai kata terlanjur bicara dan salah silap. Maaf Zahir dan Batin.

Semoga Syawal yang mulia ini lebih bermakna dan memberkati kita semua. Amin…

Leave a Reply