Reset Lenovo TB3-710i

Kalau anda baca artikel ni, bermakna anda adalah seorang guru yang buntu dengan tab Lenovo TB3-710i pemberian kerajaan 😛

Buntu kerana? Very restricted, semua access denied. Sampaikan nak connect wifi pon access denied. Hampeh kan? 😀

No worries, cuba langkah-langkah mudah ni. Kalau tak berkesan, cuba Google tempat lain 🙂

Prerequisites:

  1. Tab Lenovo TB3-710i
  2. Sim card yang ada data plan (sikit pon cukup, untuk download beberapa MB dan register account je)
  3. Account Google
  4. Web browser atau telefon lain

Langkah-langkah:

  1. On data.
  2. Buka Google Play dari main screen (desktop).
  3. Masukkan info account Google anda (username, password, etc).
  4. Dah selesai registered, download apps Find My Device (a.k.a Google Android Device Manager).
  5. Dah selesai installed, buka laman web https://www.google.com/android/find atau;
  6. Buka apps Find My Device dari telefon lain (tak boleh bukak dari Tab, access denied puii!!!).
  7. Cari device yang baru register tadi dan ikuti langkah-langkah berikut pulak (screenshot).
  8. Tunggu process erase/reset siap 🙂

Success? Alhamdulillah. Tak success? Jangan putus asa tanya pakcik Google ye 🙂

Leave a Reply