Plaza Pudu > Kampung Baru > Masjid Negara > Taman Botani KL > PICC > Doraemon

Hari yang meletihkan, tapi puas sebab dapat bawak family jalan-jalan. Keluar dari rumah lebih kurang pukul 12 tengah hari, menuju ke Plaza Pudu nak beli lens adapter. Lepas tu terus ke Kampung Baru nak makan kat kedai minang, tapi tutup… last-last makan kat pintu gerbang. Memori hehehe…

Lepas makan, pergi ke Masjid Negara singgah solat dan jalan-jalan di dalam kawasan masjid. Pergi pulak ke Taman Botani KL (Tasik Perdana) picnic ala kadar sebab tau hujan akan turun. Sempat la DDD main taman berlari dan makan kuih… lepas tu terus menuju ke Putrajaya. Ingatkan nak balik, tapi DDD ajak pulak pergi ke PICC nak main taman lagi… adeh. Bawak je laaa…

Sampai PICC, main lagi taman dan lari-lari. Tak cukup tu main pulak belon buih tu… pukul 6 lebih masing-masing dah tak larat. Balik rumah, mandi, makan, tonton Doraemon Stand By Me pulak 🙂

Flickr Album 72157659640950965

img_0763_16830692317_o

Leave a Reply