Olympus PEN-F M.Zuiko ED 300mm f4.0 IS PRO – Touched!

Touch & Try, satu lagi event menarik yang dikendalikan oleh team Olympus Malaysia. Kali ni, semua peserta diperkenalkan dan diberi peluang mencuba 2 produk terbaru mereka iaitu Olympus PEN-F M.Zuiko ED 300mm f4.0 IS PRO Lens.

Ini adalah sejenis event yang pertama kali Abah pernah join sepanjang melibatkan diri dalam bidang photography (mungkin yang lain ada tapi tak pernah join hehehe). Satu lagi perkara yang menarik, semua peserta diberi satu servis kamera dan lens secara percuma! Yeay!

Products introduction

Sesi pengenalan produk bermula lebih kurang jam 10 pagi, seperti biasa dikendalikan oleh Robin Wong. Banyak info dan tips diberi dalam sesi ni. Antaranya, keupayaan M.Zuiko ED 300mm f4.0 IS PRO Lens.

Apa yang menarik tentang lens ini:

  • Sharp!
  • Equivalent 600mm to full frame
  • Saiz yang berkali ganda kecil dari lens full frame yang sama field of view
  • Selain saiz, ringan!
  • Harga yang lebih rendah dibandingkan lens full frame
  • Chromatic Aberration? None!
  • Compatible 1.4x Teleconverter, MC-14
  • Minimal focusing distance 1.4m
  • 5-Axis Sync Image Stabilization (Body IS + Lens IS)

Now, the PEN-F… apa yang menarik tentang kamera ini:

Aaarrrggghhhh! Geram gila! Ok ok, daripada geram Abah membuak… ada baiknya terus je summarize.

Hmmm… nak summarize pon geram… baca je lah dari URL ni 😀 http://www.getolympus.com/us/en/pen-f.html

Touch & Try session

Sesi yang ditunggu-tunggu, group pertama diberi peluang dahulu untuk mencuba M.Zuiko ED 300mm f4.0 IS PRO Lens. Best ke lens ni? Tadi cerita panjang lebar masa sesi introduction. Jawapannya… sangat awesome! Huhuhu…

5-Axis Sync IS memang sangat membantu untuk mendapatkan gambar yang sharp tanpa menggunakan support system (tripod / monopod). Bagi yang biasa menggunakan telephoto lens, mesti tahu lebih panjang focal length lebih sukar untuk handle…

Anyway, ini salah satu gambar yang diambil menggunakan lens 300mm…

Hand-held Shutter speed 1/10… ye 1/10 hehehe
Gambar atas, cropped… sharp?

Next session, PEN-F hands-on… haishhh… awesome! Huhuhu…

PEN-F shot by PEN-F, Monochrome Profile 3

p/s: ada shoot model dalam sesi ni, tapi tak share 😀

Leave a Reply