Nenek datang lagi yeayyy!

Cuti sekolah penggal pertama sudah bermula selama 2 minggu. Di kesempatan ni, nenek bercadang nak tinggal di Putrajaya selama seminggu bersama anak cucu 🙂

Dah tau nenek nak tidur sini, maka kenalah kemas-kemas rumah. Tengah hari Sabtu baru dapat balik kampung nak ambik nenek (lambat sebab singgah Floria hahaha). Malam tu tidur kat kampung, lepas tu bergerak dari kampung ke Putrajaya lepas solat Zohor.

Oleh kerana tak masak di rumah, maka destinasi untuk lunch adalah Mee Bandung Udang di Sungai Nibong… tempat kesukaan hehehe…

Lepas makan-makan, bergeraklah ke Putrajaya. Rasanya 3 jam lebih jugak perjalanan kali ni, macam biasa lah gara-gara trafik sesak musim cuti sekolah ni. Sampai di Putrajaya jam 7 malam, nasib baik semua sempat solat Asar huhuhu…

Malam Selasa

Bawak nenek jalan-jalan Putrajaya. Kebetulan ada minggu Floria, sibuk la DDD nak tengok bot-bot berlampu dekat tasik depan Masjid Besi. Nenek pon suka jugak, dah lama tak keluar malam-malam macam ni katanya… yelah kat kampung mana ada saper nak bawak jalan-jalan. Kalau jalan-jalan pon, mana ada bot lampu hehehe…

Dah puas tengok pemandangan, singgah pulak Tom Yam Kung dekat Ayer 8. Makan besar malam tu, dah pukul sebelas agaknya hahaha. Takpe lah sekali sekala kata nenek.

Malam Rabu

Boleh kata minggu ni minggu makan-makan. Semalam ke Tom Tam Kung, malam ni ke Bangi pulak pekena satay Brothers. Esok nenek dah nak balik rumah Mak Long DDD. Nenek pon dah lama tak makan satay, kena pulak satay dekat sini besar-besar isinya. Semua puas makan, siap bawak balik lagi…

gallery size=full ids=5901,5902,5903]

Begitulah al-kisahnya. Nenek kata kalau bulan Ramadhan lama lagi, dah tentu nenek nak tinggal lebih lama. Tapi apa daya, ada banyak benda nenek nak selesaikan di kampung, termasuklah kenduri.

Insya Allah, kalau ada rezeki cuti sekolah akan datang nak bawak nenek tidur sini lagi.

Leave a Reply