Naik Bukit Melawati

Buat pertama kalinya DDD menjejakkan kaki ke Bukit Melawati, Kuala Selangor. In fact, Abah Mama pon dah bertahun tak naik (puluh tahun kot)…

Kebetulan dah nak habis hujung tahun ni dan takde pergi melancong ke mana-mana, maka Abah dan Mama mengadakan satu perbincangan dan keputusan mengejut… ketika on the way nak balik Putrajaya dari rumah Nenek.

Nak naik ke taknak? Hari ni bukak ke? Best lagi ke? Apa je yang ada atas tu? Berapa kena bayar eh?… tu lah antara soalan-soalan yang terlontar keluar dari mulut Abah Mama di kala DDD sedang asyik melayan cerita One-Punch Man di laptop (dalam kereta… ko ada? hahaha)…

Sampai je simpang Bukit Melawati, Abah pon membelok masuk dan terkial-kial mencari tempat parking. Sekali penuh daaaaa… ramai jugak rupanya yang masih tertarik dengan tempat ni (unless dah takde tempat nak melancong).

Ok takpe, cari parking… lepas tu usha-usha kena bayar ke idak. Memang sah kena bayar hehehe… takpe lah tak mahal mana pon…

Harga tiket untuk dewasa RM5.30 (GST 30sen) dan kanak-kanak atas 3 tahun (kot) RM3.20 (GST 20sen)… ye GST memang sangat bagus! Tu takde isu sangat… yang 3 tahun tu kalau dapat naikkan ke 5 tahun ke atas pon lagi bagus. Apa sangat la budak-budak 4 hingga 5 tahun bukan tau apa sangat pon… berkira! Hehehe…

Dipendekkan cerita, DDD memang enjoy dapat naik atas tu. Lebih-lebih lagi dapat main-main dengan monyet (ke siamang?) dan bagi makan kacang panjang.

Darwisy Danish pulak, macam-macam sejarah diorang baca… dan banyak jugaklah soalan yang ditanya. Termasuklah pasal meriam-meriam yang ada hahaha…

Flickr Album 72157662683150552

Leave a Reply