Mendongak ke langit

Petang tadi Abah pergi layan berjalan sorang-sorang di sekitar Putrajaya sambil kepala mendongak ke langit, bukan sebab sombong atau angkuh tapi dengan tujuan mencari sesuatu atau subjek yang menarik untuk diambil gambar hehehe. Dah selalu sangat ambil gambar di depan dan bawah, kali ni nak cuba sesuatu yang berbeza sikit (belakang tak pasti boleh ke tidak).

Walaupon cuaca masih berjerebu, tapi ianya tidak membataskan niat untuk outing. In fact, jerebu serba sedikit membantu menjadikan gambar-gambar sebegini lebih minimal dan seolah-olah long exposure (sesuai untuk yang tak ada filter big stopper).

Antara kelebihan architecture photography yang lain adalah;

  • tidak semestinya menggunakan “ultra wide angle lens
  • boleh dilakukan tidak kira masa, bukan hanya pada waktu sunset atau sunrise
  • hand-held pon boleh
  • santai dan sihat

As usual, tak semua gambar yang diambil menjadi. Dan tak semua gambar yang dirasa menjadi akan kelihatan menarik. Gambar-gambar yang dimuat dalam ni adalah sebahagian daripadanya, terimalah seadanya 😀

Lepas ni kalau nak shoot gambar-gambar macam ni, kena standby minyak panas. SAKIT TENGKUK!!!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.