Melawat planet dan Tugu Negara

Tugu Peringatan Negara (atau juga dikenali sebagai Tugu Negara) telah disiapkan pada 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen.

Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu Negara. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara, Jalur Gemilang. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan.

Dibina pada tahun 1966, tugu tersebut berdiri setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon yang bertanggungjawab bagi Tugu Peringatan Perang USMC (USMC War Memorial) di Virginia, Amerika Syarikat. Tugu ini juga adalah arca berkumpulan yang tertinggi di dunia.

Ok, ayat atas tu copy and paste dari Wiki hahaha!

Buat pertama kalinya Abah dan DDD melawat tempat tarikan pelancong ni. Mama mungkin dah pernah pergi sebelum ni, tapi tu andaian je lah 🙂

Mulanya, Abah dan Mama bawak DDD pergi ke Planetarium Negara yang juga terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Eh, silap… mulanya Abah dan Mama nak bawak DDD pergi ke Muzium Alam Semula Jadi di Putrajaya. Tapi tempat tu tutup sebab ada kerja-kerja pembaikan tengah dijalankan. Tak pasti bila akan siap, terpaksa skip dan pergi melawat tempat lain. Fikir punya fikir, akhirnya terpandu lah kereta dengan sendirinya ke Kuala Lumpur… ok sambung balik cerita tadi.

Masa dalam perjalanan, masih tak tau destinasi mana yang nak dituju. Nak ke Taman Rama-rama, dah pergi baru-baru ni. Nak ke Taman Burung, macam malas nak keluar duit banyak-banyak. Dalam sibuk Abah ngan Mama bincang, tetiba Darwisy bagi cadangan supaya pergi ke Planetarium Negara sebab kat situ best katanya. Maklumlah dah pernah pergi dengan rombongan sekolah dulu. Ok lah kalau macam tu, Planetarium Negara we go! (jenuh jugak cari dalam Map, first time nak pergi hahaha)

Sesampai je di sana, tetiba pak guard bagi tau… “sekarang tengah tutup, ada renovation sampai bulan 7″… What!!!??? Memang tak ada rezeki lah… tadi pergi Muzium Putrajaya tutup… renovation jugak. Tapi tak lama lepas tu pak guard cakap lagi… “kalau nak tengok tayangan boleh lah, pameran memang tak boleh masuk sebab tengah renovation”. Ok, alang-alang dah sampai… tayangan pon tayangan la huhuhu.

Kebetulan pulak sampai situ pukul 11:45, sempat la beli tiket untuk tayangan pukul 12 tengah hari. Tiket pulak tak lah mahal, total 5 orang (2 dewasa 3 budak) RM24. Lepas beli tiket, masuk la ke dalam satu tempat tu… apa entah namanya… susah nak sebut kakaka!

As usual, DDD memang suka la benda-benda macam ni. Ada screen besar macam 3D di atas kepala. Jenuh la mendongak 25 minit hehehe. Overall, memuaskan.

Lepas habis tayangan, pergi pulak melawat Tugu Negara. Hampir jam 1 tengah hari, memang matahari terpacak lah atas kepala. Bak kata orang, panas lit lit? Panas pon panas lah… first time punya pasal dan masa masih panjang hehehe.

Flickr Album 72157661038893074

Dipendekkan cerita… tak banyak perkara yang boleh dibuat waktu panas macam ni. So, ambik gambar sikit-sikit, portrait family… lepas tu balik. Pendek tak? 😀

Flickr Album 72157663318033816

p/s: Gambar dalam Planetarium tu nampak lengang… memang lengang pon… kami je yang datang HAHAHA!!!

Leave a Reply