Main bowling & jomHeboh!

Hari ni kami pergi main bowling kat The Summit Subang Jaya. Mak Andak, Mak Usu ngan kakak Taty pon ada. Darwisy macam biasalah, bab² berjalan makan angin ni memang dia suka betul. sampai kat sana je terus buat muka gembira (padahal mengantuk)

Bila dah semua start main, dia still bertahan lagi. Dan last² tertidur juga kat dalam stroller tu… Comel aje!

Bila dah puas tidur, terus nak suruh orang angkat. Sempat la bergambar ngan kakak taty bersama bola bowling 😛

Dalam pukul 2.30 ptg tu kami pergi sureheboh di Shah Alam. Tapi agak kecewa sebab hujan lebat sesangat. Jadi bertapa lah kami di dalam khemah (kat belakang tempat artis² makan hehehe)

Lama jugak kami kat situ, sampaikan Darwisy sempat tidur lepas tu siap makan lagi(ada pekerja kat situ bagi kuih)

Dan dengan hati yang hampa, kami pon balik ke rumah dan menonton konsert di tv 🙂

Leave a Reply