Kena inject

Hari ni genap umur Darwisy 3 1/2 bulan. Pagi tadi bawak dia pegi inject kat klinik kerajaan Puchong ngan mama. Macam biasalah kena tunggu lama. Tapi tadi kami pegi lambat sikit sebab kalau pegi awal memang sesak.

Macam biasa la suka sangat kalau pegi tempat yang “crowded”. Menyengih je pehtu terlompat2.

Bila masuk je bilik inject tu, dia macam dah mengantuk. Tapi takleh kasi dia tidur sebab nanti terkejut kena jarum. Nurse tu pon satu hal, dah la panggil nombor giliran pehtu bila masuk bilik dia boleh sibuk bergayut ngan handset. Hantu betul ntah betul ke ubat dia amik? Tak patut….

Tanpa melengahkan masa aku suruh dia inject Darwisy, memula ok. Lepas je nurse tarik jarum tu kuar, terus menjerit. Tapi nasib baik kejap je. Tak lama lepas tu, terus terlelap. Kesian….

Leave a Reply