Jumpa kucing!

Pada petang 16 Oktober 2013, di mana aku baru pulang dari kampung sempena cuti Raya Haji… aku telah menjumpai seekor anak kucing yang comel merayau2 di sekitar kedai runcit di bawah apartment aku tinggal. Melihatkan keadaan dia yang kotor dan kelaparan, aku telah mengambil keputusan untuk membeli makanan kucing (paket) dan membawa dia pulang untuk diberi makan… ntah macam mana, kucing ni nampak sangat manja dan sangat berselera makan… macam biasa lah, anak2 dan wife aku sememangnya sukakan kucing dari azali lagi… so tak pasal2 diorang telah memaksa aku untuk membela kucing tersebut… aku pon rasa berat hati nak lepaskan dia, yelah kecik lagi… dgn banyak kereta lalu lalang… takde tempat tinggal…

Lepas je bagi makan, aku dan wife mandikan dia… sebab

So, dengan rela hati aku telah memutuskan untuk membela kucing tersebut… dan nama Garfield telah diberi oleh wife aku (mmg peminat katun garfield kekeke)…

Semoga apa yang aku lakukan ni mendapat keberkatan… Amin…

 

p/s: sangkar DIY, beli dari Daiso dan cantum2 kan (first stage)… kucing pon keletihan asik main je hehehe

Leave a Reply