Ikan Bakar Jalan Bellamy, Taman Botani Perdana

Ikan Bakar Jalan Bellamy

Entah kenapa, hari ni agak buntu tak tau nak buat aktiviti apa. Kesan kenaikan harga minyak kot? Huhuhu

Lauk pon tak beli lagi, nak masak tengah hari takde idea… memang la dah lauk pon tak ada kan. So, entah macam mana Mama punya mentol tiba-tiba bercahaya (idea la tu). Makan tengah hari di restoran ikan bakar Jalan Bellamy.

Abah pon entah macam mana, boleh pulak setuju dalam keadaan ekonomi gawat sekarang ni hahaha. Takpe lah, sekali sekala bawak DDD jalan-jalan pegi KL.

Bukak Google map, jumpa lokasi, start navigation, tekan minyak sampai situ jam 3 petang. Memang biasa makan tengah hari keluarga arwah Mat Jaini lambat-lambat. Tu pon macam kira awal jugak 😀

Sampai situ, rupa-rupanya ada banyak restoran… dan semua restoran berkonsep ikan bakar. Mana nak pilih? Pilah la yang masih bukak dan ada ikan di atas kuali. Cuma time tu, seafood dah tak banyak pilihan… cuma tinggal cencaru dengan kembung. Yang lainnya ikan keli. Bedal je lah perut dah lapar.

Dipendekkan cerita… rasanya takde lah sehebat mana. Biasa-biasa macam kedai ikan bakar yang lain. Mungkin sebab Abah bukan peminat tegar ikan bakar. Entah kenapa viral sangat pon tak pasti. So, kira punya kira… total RM38 untuk seekor ikan cencaru dan 2 ekor ikan keli… 5 nasi putih, air sirap, sirap laici, milo ais, air kosong 2. Mahal? Murah? Renung-renungkan lah 😛

Taman Botani Perdana

Nak balik rumah macam awal lagi. Nak pegi Planetarium Negara macam dah lambat pulak. Tapi nak jalan-jalan di KL sebab dah alang-alang… so, pegi la ke Taman Botani Perdana. Dah lama pon tak ke sini. Tiap kali pegi sini, mesti teringat video Darwisy kecik-kecik dulu naik buaian. In fact, buaian tu masih ada… cuma Darwisy dah tak boleh naik sebab dah besar panjang 😀

Topi yang Darwisy pakai masa tu, masih ada disimpan. Kadang-kadang ada jugak pakai kalau nak pegi tengok wayang atau pegi tempat-tempat yang sejuk.

Leave a Reply