hari ni abah hantar Darwisy & Danish pegi taska

mulai hari ni, abah akan mengambil alih tugas mama menghantar dan mengambil anak-anak abah di taska putrajaya. mama kena sambung belajar kat Maktab Perguruan Ilmu Khas sebab dapat tawaran KPLI, nak jadi cikgu. setahun tuuuuu!!!!! huhuhuhuhu

setakat pagi tadi alhamdulillah dua-dua tak merengek sangat, cuma Darwisy je tiba-tiba mintak susu. oleh kerana Danish tak nak minum susu dia, abah sumbatkan susu Danish ke mulut Darwisy hehehe. nasib baik diorang dah minum susu jenis yang sama (1-3 tahun)

bila sampai dalam taska pon Danish takde la merengek sangat, kena pandai jaga hati dia. kalau tak berguling-guling la kat lantai. mama cerita semalam Danish siap tepuk-tepuk lantai sebab mama tak dukung dia. nasib baik dalam rumah, kalau kat luar berdebu-debu la baju Danish.

sebenarnya abah & mama agak risau sebab sebelum ni kalau abah kerja jauh, mama still ada dekat putrajaya bleh tengok-tengok Darwisy & Danish. tapi skang ni, abah & mama akan berjauhan dari Darwisy & Danish setiap hari demi menjalankan tugas dan mencari rezeki. abah & mama sentiasa berdoa semoga Darwisy & Danish agar sihat sentiasa dan pandai jaga diri. kami harap kami dapat menempuh hari-hari selama setahun ini dengan penuh kesabaran untuk kebahagian kami bersama suatu hari nanti. amin….

kalau mama baca post ni mesti dia nangis ๐Ÿ™‚

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.