Fotografi – Apa itu Shutter Speed, ISO dan Aperture

3 perkara yang sangat penting dan berkait rapat dalam fotografi, digelar “The Three Kings of Photography” atau lebih dikenali sebagai “Exposure Triangle“. Ianya perlu difahami sebelum melibatkan diri dalam bidang fotografi.

Contoh Exposure Triangle (dari DPreview.com):

Jadi, apa itu Shutter Speed? ISO? Aperture? Secara ringkasnya (yang aku faham):

Shutter Speed

Kiraan atau kelajuan bukaan bilah atau tetingkap pada sensor kamera. Bergantung pada kamera, kelajuan biasanya bermula selama 30 saat hingga selaju 1/4000 saat.

Semakin lama bilah atau tetingkap tadi dibuka, semakin lama sensor terdedah pada cahaya — Akan menghasilkan gambar yang tidak tajam (blur), lembut, terang untuk satu-satu situasi.

Sesuai untuk:

  • gambar air yang mengalir seperti air terjun atau ombak laut (boleh gunakan filter atau pengecilan aperture untuk bukaan lebih lama)
  • gambar di dalam situasi kurang cahaya
  • gambar light trail
  • gambar awan bergerak (boleh gunakan filter atau pengecilan aperture untuk bukaan lebih lama)
  • gambar star trail (atau milky way)
  • dsb

Semakin laju bukaan maka semakin kurang pendedahan — Akan menghasilkan gambar yang tajam (sharp), gelap untuk satu-satu situasi.

Sesuai untuk:

  • gambar sukan
  • potret
  • produk
  • outdoor (situasi banyak cahaya)
  • dsb

Note:
Bagaimana kiraannya? Katakan shutter speed adalah 1/100, kelajuannya adalah bersamaan 0.01 saat. 1/200 bersamaan 0.005 saat. 30″ bersamaan 30 saat, begitulah seterusnya.

ISO

I (International) S (Standards) O (Organisation), ini yang diterjemahkan dari laman-laman web lain dan kelihatan tidak masuk akal langsung.

Sensitiviti sensor terhadap satu-satu situasi cahaya yang dikawal oleh software di dalam kamera. Semakin tinggi ISO, semakin terang, sedikit tajam dan kotor (noise atau berbintik-bintik, kurang kualiti).
Semakin kurang ISO, semakin gelap, bersih dan kurang tajam.

Kesesuaian ISO tinggi

  • ingin mendapatkan gambar terang dan sedikit tajam (medium high shutter speed) pada situasi kurang cahaya (malam atau indoor)
  • ingin mendapatkan gambar terang, large DOF (aperture) dan tajam (high shutter speed) pada situasi banyak cahaya (gambar sukan atau objek bergerak)
  • dsb

Kesesuaian ISO rendah

  • gambar pemandangan
  • gambar air terjun atau ombak
  • makro
  • dsb

Note:
Semakin tinggi ISO semakin kotor (noise) tetapi berguna untuk situasi tertentu

Aperture

Adalah bilah di lensa kamera yang mengawal kemasukan cahaya untuk didedahkan kepada sensor kamera. Jumlah bilah dan bukaan bergantung pada jenis lensa. Kebiasaanya, bukaan bilah (lens diaphragm) bermula dari nombor f/1.8 sehingga f/22 dan panggilannya pula adalah terbalik di mana nombor aperture yang rendah dipanggil besar (large aperture) begitu juga sebaliknya.

Aperture besar (cth: f/1.8 f/2.0 f/2.8)

  • lensa akan mendedahkan sensor kepada lebih banyak cahaya
  • shallow depth of field (DOF atau bokeh) yang lebih lembut
  • sesuai untuk potret dan situasi kurang cahaya

Aperture kecil (cth: f/8 f/11 f/16 f/22)

  • lensa akan mendedahkan sensor kepada cahaya yang kurang
  • large depth of field (tajam dan lebih meluas)
  • sesuai untuk gambar pemandangan dan situasi banyak cahaya

Contoh dan situasi

  • Gambar air terjun, water flow yang lembut, detail batu-batu yang tajam (tidak kotor) dan pada tahap terang yang biasa — Shutter speed 10″, ISO 100, Aperture f/16
  • Gambar kereta bergerak, tidak kabur (blur), terang — Shutter speed 1/500, ISO 1600, Aperture f/8
  • Gambar potret, background blur (bokeh), terang — Shutter speed 1/2000, ISO 400, Aperture f/1.8

Leave a Reply