Farm In The City

Farm In The City adalah satu tempat yang sesuai untuk aktiviti riadah lebih-lebih lagi untuk keluarga dan kanak-kanak. Bertempat di Lembah Kelang atau lebih tepat di Seri Kembangan, amat mudah untuk dikunjungi. Tidak hairanlah jika tempat ini sentiasa sesak kerana menjadi tumpuan orang ramai yang mencari alternatif riadah yang terdekat.

Tidak seperti Zoo, pengunjung Farm In The City dibenarkan untuk mendekati haiwan-haiwan malah dibenarkan menyentuh dan memberi makanan. Walau pon tidak kesemua haiwan dibenarkan disentuh, tetapi amat memadai untuk dijadikan pengalaman terutamanya bagi kanak-kanak.

Berkenaan tentang haiwan, ada terdapat banyak jenis dan spesis. Antara yang menjadi tumpuan pengunjung adalah seperti rusa, kura-kura gergasi, ayam, burung merpati, burung merak dan banyak lagi. Ini adalah kerana mereka dibiarkan bebas di dalam kawasan Farm In The City.

Di Farm In The City juga terdapat beberapa jenis haiwan eksotik. Antaranya adalah buaya, ular, iguana dan lain-lain. Tidak semua haiwan eksotik ini dibenarkan disentuh. Ini bermakna terdapat beberapa haiwan eksotik yang dibenarkan disentuh oleh pengunjung iaitu ular sawa dan cicak gergasi.

Harga tiket pula tidaklah semahal mana, terutamanya bagi pemegang MyKad (tempatan). Berikut adalah perincian harga tiket (setakat blog ini ditulis):

Harga tiket Farm In The City

Harga biasa:

  • Dewasa: RM48
  • Kanak-kanak/Warga emas: RM38

Diskaun pemegang MyKad:

  • Dewasa: RM32
  • Kanak-kanak/Warga emas: RM27

Syarat-syarat:

  • Umur kanak-kanak adalah bawah 11 tahun
  • Kanak-kanak yang ketinggian kurang 90cm boleh masuk secara PERCUMA
  • Warga emas adalah 60 tahun ke atas

Mungkin bergantung pada musim atau waktu tertentu, pengunjung akan berpeluang memiliki kupon diskaun untuk pembelian tiket. Secara kebetulan, Mama telah mendapat 4 kupon diskaun yang akan memberikan 1 tiket kanak-kanak percuma untuk setiap 1 tiket dewasa. Ini bermakna, kami hanya membeli 2 tiket dewasa manakala Darwisy dan Danish diberikan tiket percuma. Darwisyah pula, dibenarkan masuk percuma kerana ketinggian kurang dari 90cm 🙂

Ok lah, cukup sampai di sini dahulu. Kalau nak tahu bagaimana pengalamannya, kenalah cuba sendiri. Apa yang boleh Abah katakan, ianya tidak merugikan 🙂

Untuk maklumat lanjut berkenaan Farm In The City, sila layari https://fitc.com.my/ atau laman Facebook rasmi di https://www.facebook.com/FarmInTheCityMalaysia/

Leave a Reply