Family day out @ Hot Air Balloon Fiesta

Seperti tahun-tahun sebelum ni, Hot Air Balloon Fiesta akan diadakan di Precint 2 Putrajaya. Kali yang ke-7 ni, Abah bawak Mama dan DDD sekali untuk melihat belon-belon panas dari dekat.

Seawal jam 6:40 pagi dah sampai di lokasi, bukan sebab apa, supaya senang dapat parking kereta hehehe. Berdasarkan pengalaman sebelum ni, parking memang agak susah nak dapat kalau sampai jam 7 pagi ke atas.

Dapat je parking kereta, terus ke tapak belon panas… dekat BLUE ZONE kalau tak silap, area Monument Putrajaya. Masa sampai tu pon dah ramai orang. Ingatkan nak masuk ke dalam pagar, tapi pak guard tak bagi sebab takde tiket… Ooo baru tau tahun ni dah kena bayar nak masuk dalam pagar huhuhu. Takpe lah, bawak diorang ke tepi pagar pon dah cukup. Masuk dalam pon nanti kelam kabut sebab ramai sangat photographer…

Bila perserta-peserta belon panas tu bersiap sedia nak naikkan belon, maka suka la DDD tengok api belon panas dari dekat. Terasa jugak la bahangnya dari tepi pagar tu… rambang mata tengok semua nyalakan api hehehe.

Flickr Album 72157659570231536

p3140567_16644303940_o

Lepas dah tengok semua belon panas terbang, bawak DDD main dekat bouncing playground. RM15 satu kepala, main sampai berpusing kepala hehehe.

Bila dah berpusing kepala, maka secara automatik perut pon turut akan berkeroncong… so kena isi dulu sebelum meneruskan aktiviti.

Perut dah kenyang, terus menuju ke pameran haiwan peliharaan. Tapi sebelum sampai tu, ada ternampak tempat helikopter mendarat. So, singgah dulu tengok helikopter mendarat dan terbang bawak orang pusing keliling Putrajaya.

Last visit for today, pameran haiwan peliharaan… dan seperti biasa akan bermain dengan haiwan kegemaran iaitu KUCING 🙂

Malam penutup hari Ahad, pergi semula ke ZONE BLUE. Agak bernasib baik sebab ada banyak parking dekat area VIP kekeke. So, makin suka la DDD dapat tengok api belon panas waktu malam sebab terang macam lampu liplap. Lastly, persembahan bunga api… tapi agak kecewa sebab terlindung dengan belon liplap tadi huhuhu. Takpe, satu pengalaman dan pengajaran… Insya Allah akan repeat lagi di lain tahun 🙂

Leave a Reply