Dari IOI City Mall, ke Taman Saujana Hijau Putrajaya

Bersambung-sambung pulak kisah hari ni, satu hari penuh dengan aktiviti kekeluargaan hehehe. Memang dah rancang dari minggu lepas nak pegi ke taman ni untuk bermain Frisbee yang aku beli minggu lepas lagi satu. Saje nak try camne rasanya main sesuatu yang sedikit berbeza. Agak kekok jugak mula-mula main benda ni, baling semua ke laut hahaha… tapi biasa lah tu, kena buat banyak research lagi lepas ni…

Memandangkan terlebih fokus nak belajar baling Frisbee, maka tak dapat la nak ambil gambar masa main huhuhu. Mama pulak sibuk berjogging, nak fit katanya hehehe. Ada gambar jalan-jalan je, boleh la tu untuk buat koleksi tahun ni 🙂

p/s: makin ramai yang berkunjung ke taman ni, nak dibandingkan dulu-dulu… nak masuk pon teragak-agak sebab terlalu lengang dan tak tau boleh masuk ke tidak hehehe…

p/s2: taman ni dekat je dari rumah aku, dari balkoni dah nampak 🙂

p/s3: itu sahaja buat masa ni, sekian 🙂

Flickr Album 72157659639764971

Leave a Reply