Danish tercekik tulang ikan keli

Lebih kurang pukul 2 Mama call Abah, kawan Mama bagitau Danish tercekik tulang ikan keli masa lunch. Siap menangis-nangis katanya sakit. Ya Allah, cuaknya Abah masa tu… kebetulan Mama ada kursus 3 hari tak balik rumah. Nasib baik abang Darwisy ada tolong temankan. Syabas abang Darwisy! So Abah pon bergegas keluar office pecut ke sekolah Danish. Setengah jam je kot dah sampai Putrajaya huhuhu…

Sampai kat sekolah, tengok Danish tengah minum air milo… aik? Betul ke tercekik ni? Tapi memang dia cakap ada sakit dekat tekak, maknanya tulang tu ada lagi lah… ok bawak Danish pegi klinik terdekat, selamba naik motor tak pakai helmet…

Sampai klinik, takde pesakit… tanya doktor, dia kata boleh buat… ok terus register. Masuk bilik consultation, doktor kata memang ada tulang, agak besar… adehhh…

Bila doktor start buat treatment guna penyepit, terus Danish muntah-muntah semua makanan keluar. Yang merisaukan, ada nampak darah dalam muntah tu. 3 kali doktor try 3 kali la Danish muntah… ok doktor gibab, tulis surat refer kecemasan… sebelum pegi kecemasan, beli helmet dulu… tak pasal-pasal kena GST!

Sampai kecemasan Hospital Putrajaya, sekali tengok mak aiiih ramainya orang! Register, terus pegi X-Ray… sampai kat X-Ray, tunggu punya tunggu terus Abah pon gibab… mana taknya, dah nak pukul 5 kot… kalau tunggu kompom 2 jam lagi baru siap. Bila masa nak ambik Darwisyah dengan Darwisy? Ok, sorry terpaksa Abah bawak Danish balik rumah… lupakan pasal X-ray, tawakkal…

Lepas ambik Darwisyah dengan Darwisy, bergegas balik rumah sebab Danish tinggal sorang… tapi Abah tengok Danish dah releks macam takde apa-apa… hmmm… Syukur Alhamdulillah šŸ™‚

Rasanya mungkin dah terkeluar tulang tu masa dia muntah, Abah ada pegang tulang tu tapi blur masa tu… HAHAHA…

Leave a Reply