Berembun di Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Alhamdulillah, hari  ini aku berkesempatan untuk merakamkan sedikit suasana awal pagi di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Gara2 tidak boleh tidur, aku telah memberanikan diri untuk keluar ke bandar menaiki motor dengan berbekalkan 35mm ku. Walaupon aku tau agak berisiko outing street photography seorang diri, aku ambil semua itu sebagai satu cabaran demi mempelajari sesuatu yang baru.

Bertolak keluar dari rumah pada jam 12:30AM dan sampai ke bandar lebih kurang jam 1:15AM. Agak kekok jugak keluar malam2 seorang diri lebih2 lagi sudah lama tidak menjejakkan kaki di bandar. Dalam kebuntuan tidak tahu hendak bermula dari mana, maka aku pon pusing2 sekitar Jalan Pudu untuk mencari spot2 yang bagus untuk dimula.

Jalan Pudu Lama, aku berhenti seketika sambil menyaksikan kelibat2 manusia yang masih bersengkang mata mencari rezeki dengan membawa teksi dan bas. Ramai juga penumpang2 yang terdiri dari berbagai kaum tidak tahu ke mana hala tuju mereka. Di dalam hati terfikir sejenak, begini rupanya kehidupan rakyat marhaen di tengah malam tatkala kita semua sedang berdengkur di atas tilam yang empuk.

Jalan Tuanku Abdul Rahman, sekitar 2:15AM menyaksikan beberapa orang sedang khusyuk menyusun strategi permainan catur sehinggakan tidak menyedari kehadiran aku. Bermacam2 watak dapat aku lihat di keliling mereka. Ada yang menonton, ada yang menjadi tukang karut, ada yang melepaskan lelah dan berbaring di kaki lima, ada yang sekadar melepak tanpa berbuat apa2 dan macam2 lagi.

Sebelum ini aku hanya dapat menyaksikan gelagat2 mereka di dalam gambar rakan2, tetapi hari ini aku dapat merasakan sendiri suasana awal pagi di Kuala Lumpur. Insya Allah jika ada kesempatan lagi, pasti akan aku jejak lagi kakiku di sini 🙂

Leave a Reply