Belon panas yang tak berapa panas

Seperti tahun-tahun yang lepas, keluar rumah seawal pagi lepas subuh semata-mata nak dapatkan tempat untuk parking kereta. Sesampainya di lokasi, rasa pelik tetiba datang. Eh, kenapa lengang je ni?

Berenti tepi jalan kejap, tanya pakcik Google. Ooo… rupa-rupanya dah pindah lokasi ke KL huhuhu. Takde la rezeki DDD nak tengok belon panas tahun ni… jom lah kita balik (jenuh explain kat DDD).

Tengah drive nak balik, tetiba nampak kereta 4WD perpusu-pusu masuk kawasan lapang. Maka Abah pon jadi bangau panjangkan leher nak tengok ada apa.

Eh? Ada la! Hahaha!

Maka melonjak-lonjaklah DDD keriangan (Abah Mama pon sama dalam hati). Nasib baik la ada, kalau idak sia-sia la keluar rumah lepas subuh… mesti jenuh nak explain kat DDD 😛

Cuma tahun ni memang nampak tak ramai… tengok tempat parking kereta pon boleh tau. Tapi baguslah, takde la crowded (memang Abah tak suka hehehe).

Leave a Reply