Avengers-Family-Day-Out

Hari ini dalam sejarah di mana Abah, Mama dan DDD telah berjaya menonton “The Avengers: Age Of Ultron” di tempat duduk paling belakang dan straight-5-seats tengah wooohoooooo!!! Tak sia-sia survey tiket online awal hehehe… bila DDD tau Abah beli tiket, semenjak tu jugak la asyik tanya bila nak hari Ahad 😀
Apa-apa pon, sangat enjoy lebih-lebih lagi dengan family. Great movie, nice characters… especially the new appearance in this series, “The Vision” huhuhu.
Nasib baik jugak la Darwisyah tak menjerit-jerit dalam panggung tu, siap boleh tertidur lagi… bila dah habis, kena kejut terus cakap “beesssttt” hahaha!

Lepas habis je tengok wayang, terus ke rumah Andak DDD kat Puchong sebab ada buat kenduri dan jamuan. Alhamdulillah, makan tengah hari telah ditaja hehehe. The best part was, Abah dapat surprise iaitu kek hari jadi… bestnyaaaaa… tq Mama hehehe…

The story doesn’t ends there, lepas makan-makan kejap… ipar-ipar dan biras ajak pegi memancing pulak… dah lama tak jenguk kolam so angkat kaki lambung ke Pulau Meranti. Tak tau pulak kat dalam tu ada kolam pancing, siapa lagi yang tau kalau bukan Pak Uda DDD hahaha. Start pukul 5 petang sampai pukul 9 malam, semua jadi “bangau” hahaha. Tak lah, ada la dapat 2 ekor tongsan, sekor Pak Uda DDD dapat dan lagi sekor ada sorang mamat dari Gombak bagi hahaha! Yang bestnya pegi memancing ni, boleh tengok banyak gelagat kaki-kaki pancing. Sambil-sambil tu, macam-macam cerita la keluar dari mulut masing-masing. Dari cerita zaman kecik-kecik, politik, ikan, dari mula pancing sampaaaiii la habis. Pot pet pot pet mulut masing-masing… lepas tu gelak terbahak-bahak. Turun 5 orang, tapi pancing 2 je. Memang seronok walau pon tukang tengok orang pancing…

Phewww… letih tapi seronok. Lebih kurang begitu la ceritanya hari ni… as always, the best time is with family. Insya Allah akan bersambung lagi 🙂

Flickr Album 72157659638880521

p4260417_16769538313_o

Leave a Reply