Aik? Bila masa meniarap?

Amboi.. Sejak Darwisy dah pandai meniarap ni bukan main eksen lagi dia. Kejap2 nak meniarap pehtu asik la terhantuk dahi tu kat lantai(macam malu2) nasib baik la ada tilam.

Pehtu bila dah meniarap mula la letih, bila dibaringkan balik sibuk nak meniarap balik ๐Ÿ™‚

Pagi tadi punya lah kami terkejut, dia dah meniarap dalam kelambu baby tu! Masa tengah sahur tu dia tidur. Pehtu masa kami masuk bilik je, ada dengar bunyi macam merengek2(dah letih la tu kot). Sekali tengok dia dah meniarap dalam kelambu tu ๐Ÿ˜› punya la terkejut. Dahla meniarap pehtu siap melintang lagi… Pandai betul anak abah ni ๐Ÿ™‚ lepas tu terus kami berjaga2 sikit, risau gak kalau kami tak perasan…

Leave a Reply