About

About

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pertama sekali, saya ingin ucapkan terima kasih tidak terhingga kerana sudi melawat laman blog yang tidak seberapa ini.

Nama penuh saya Mohd Hilman, tapi kalau di kalangan kawan-kawan nama panggilan saya Bobo… ye Bobo… panjang ceritanya bagaimana saya mendapat nama panggilan tu ­čÖé

Telah berkahwin pada┬átahun 2005, dikurniakan 3 orang anak iaitu Muhammad Darwisy Hilmi, Muhammad Danish Hilmi dan juga Nur Darwisyah Hilmi. Sekiranya anda ternampak perkataan “DDD” dalam blog ini, itu adalah singkatan untuk nama-nama mereka ­čÖé

Walaupun telah terlibat di dalam bidang IT dan teknologi komputer sejak sekitar tahun 1997, laman blog yang rasmi hanya diwujudkan pada tahun 2006. Nama domain yang pertama adalah www.Darwisy.com, bersempena dengan nama anak lelaki yang pertama.

Pada ketika itu, tujuan utama membangunkan laman blog ini tidak lain hanyalah untuk merakamkan kenangan kehidupan berkeluarga (personal blog), supaya menjadi tatapan anak-anak di masa depan kelak.

Namun, memandangkan masa pantas berlalu dan dunia IT berkembang maju, sedikit perubahan telah dibuat. Di mana blog ini juga telah dimuatkan dengan lebih banyak gambar dan isi kandungan blog yang tidak hanya tertumpu kepada kisah keluarga saya.

Sebagai contoh; perkongsian ilmu, teknologi komputer, gajet, portfolio, video, gambar-gambar pemandangan, fotografi jalanan, makro, fotografi perkahwinan dan apa sahaja yang difikirkan berfaedah.

Dengan itu, diharapkan laman blog ini akan terus hidup dan mendapat perhatian pelayar-pelayar internet… terutamanya dari negara Malaysia. Semoga laman blog ini juga dapat memberi manfaat, walaupun tidak sebanyak mana.

Sekali lagi diucapkan terima kasih kerana sudi melayari laman blog ini. Kenali saya dengan lebih dekat di laman Facebook saya.

3 thoughts on “About

Leave a Reply