50mm meet the Oly at night

Dah lama jugak rasanya tak bawak 50mm… so malam tadi bawak keluar dengan Oly… itu pon sebab Mama dengan Maksu ada planning nak beriadah kat Masjid Putra hehehe. Boleh la mengasah ketangkasan bermain manual fokus sekali lagi.

Anyway… memang tu lah rancangannya, nak beriadah bawak DDD naik basikal dan kereta mainan dekat bulatan Masjid Putra… tapi apa kan daya hajat tu tak kesampaian sebab lengang takde orang berniaga. Semua gara-gara larangan yang dah dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya. Sejak bila pon tak tahu, sebab dah lama tak pegi situ. So, berlenggang la masing-masing dengan perasaan yang kecewa dan bosan huhuhu.

Orang kata, kalau nak planning sesuatu kena ada PLAN B… apa dia? M A K A N… MAKAN! hahaha

Masuk kereta, start enjin, pegi Taman Warisan 😛

Flickr Album 72157657636981434

Leave a Reply